Yayasan Bank Rakyat, Menara Kembar Bank Rakyat, No.33 Jalan Rakyat, 50470, Kuala Lumpur.
+603 2612 9600 | info@yayasanbankrakyat.com.my
Berikut merupakan saluran bayaran balik Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah yang disediakan oleh Yayasan Bank Rakyat:
1) Perbankan Internet Bank Rakyat (www.irakyat.com.my)
2) Jompay (Biller Code: 5652; Ref 1: Nombor Kad Pengenalan Pelajar; Ref 2: Nombor Pelajar)
3) Aplikasi YBR GO
4) Kaunter Cawangan Bank Rakyat
5) Mesin ATM dan CDM Bank Rakyat
6) Pemotongan KWSP Akaun 2
Anda boleh membuat permohonan dokumentasi dengan melayari laman sesawang Yayasan Bank Rakyat www.yayasanbankrakyat.com.my di bahagian Portal Pelajar YBR, log masuk dan pilih KWSP Application bagi pembayaran menggunakan KWSP Akaun 2.
Notis peringatan tunggakan Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah akan terus dihantar sehingga bayaran daripada pihak KWSP diterima oleh YBR. Proses penerimaan bayaran akan mengambil masa 30 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dihantar kepada KWSP.
Anda boleh mendapatkan penyata Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah melalui Portal Pelajar YBR atau Aplikasi YBR GO di bahagian EBaki. Untuk makluman, proses kemaskini Penyata Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja.
Anda boleh mendapatkan penyata Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah melalui Aplikasi YBR GO dibahagian EBaki.
Pihak Yayasan Bank Rakyat telah memberikan insentif kepada pelajar berdasarkan CGPA terakhir (Rujuk Surat Bayaran Balik) dan setakat ini Yayasan Bank Rakyat tidak menyediakan sebarang insentif khas bagi pembayaran penuh Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah.
Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah diuruskan oleh Jabatan Penajaan Pendidikan. Anda boleh memohon dengan melayari laman sesawang Yayasan Bank Rakyat www.yayasanbankrakyat.com.my di bahagian Portal Pelajar YBR dan pilih PPBU Postponement.
Antara kaedah tindakan susulan dari Yayasan Bank Rakyat adalah dengan menghantar notifikasi melalui SMS, WhatsApp, telefon, Emel dan surat-menyurat. Anda boleh menghubungi Yayasan Bank Rakyat di talian 03-2612 9600 untuk sebarang pengesahan bagi perkara ini.
Bagi penjadualan semula bayaran balik, anda boleh memohon Reschedule Variable Program (RSVP) yang disediakan oleh Yayasan Bank Rakyat dengan menghantar emel rasmi kepada finance@yayasanbankrakyat.com.my.
Notifikasi bayaran balik Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah yang dihantar melalui SMS akan diterima oleh peminjam yang mempunyai tunggakan sahaja. Namun, anda boleh membuat emel rasmi kepada finance@yayasanbankrakyat.com.my sekiranya terdapat perubahan nombor telefon dan alamat surat menyurat dari anda.
Boleh hantarkan permohonan anda ke hr@yayasanbankrakyat.com.my
Boleh hantarkan permohonan anda ke hr@yayasanbankrakyat.com.my
Pastikan anda lampirkan surat permohonan beserta dokumen permohonan Latihan Industri dan resume terkini. Nyatakan bersama tarikh dan keperluan penempatan anda. Sekiranya anda dipilih, Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran YBR akan menghubungi anda untuk langkah seterusnya.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan tentang peluang Latihan Industri di YBR. Jika anda tidak dihubungi dalam tempoh 2-4 minggu dari tempoh masa penempatan, permohonan anda boleh dianggap tidak berjaya.
YBR akan membuat hebahan program melalui sosial media rasmi YBR. Anda boleh mendapatkan maklumat dan kaedah penyertaan program melalui hebahan tersebut.
Peluang sebagai Community Heroes / sukarelawan YBR adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Namun begitu, bagi menyertai program YBR, hebahan penyertaan akan dibuat melalui sosial media rasmi YBR dan keutamaan akan diberikan kepada pelajar tajaan YBR.
Anda boleh menyediakan surat rasmi permohonan kerjasama bersama dengan kertas kerja program yang lengkap dan emelkan kepada event@yayasanbankrakyat.com.my
Kumpulan komuniti ini khusus bagi pelajar tajaan YBR yang masih aktif sahaja. Anda boleh menyertai kumpulan telegram Community Hereos di pautan https://t.me/+Uue7GxS0VMYpH0TX