Yayasan Bank Rakyat, Menara Kembar Bank Rakyat, No.33 Jalan Rakyat, 50470, Kuala Lumpur.
+603 2612 9600 | info@yayasanbankrakyat.com.my
YBR mengambil inisiatif melaksanakan program-program khusus membabitkan pendidikan, kebajikan, dan pembangunan masyarakat dan murid yang mensasarkan peningkatan kualiti kehidupan, keusahawanan, kemahiran, bantuan asas serta bencana.
Melalui rintisan pembangunan komuniti, Yayasan Bank Rakyat telah mewujudkan program kesukarelawanan dalam kalangan pelajar tajaan, kakitangan dan masyarakat sekeliling untuk memberi motivasi kepada generasi belia negara mengenai impak yang dapat mereka peroleh melalui khidmat masyarakat sekali gus dapat menanamkan sifat simpati dan empati dalam diri sukarelawan.
Membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dengan menyediakan pelbagai latihan dalam bidang Pendidikan serta pembangunan modal insan bagi memberikan jalan alternatif dan semangat kepada individu yang menjalankan perniagaan dalam industri kecil dan sederhana.
Merancang satu infrastruktur baharu kepada para Pendidik di seluruh Malaysia dengan menjalankan pelbagai program pembangunan bersama guru-guru dan tenaga pegajar supaya lebih cepat dalam mengadaptasi dengan cabaran teknologi dan arus permodenan zaman yang kian berkembang pesat.