Yayasan Bank Rakyat

Yayasan Bank Rakyat, Menara Kembar Bank Rakyat,  No.33 Jalan Rakyat, 50470, Kuala Lumpur.

+603 2612 9600 | info@yayasanbankrakyat.com.my

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

YBR memfokuskan inisiatif mengadakan program-program pendidikan khusus kepada murid sekolah serta pelajar IPT dalam meningkatkan prestasi akademik dan pendedahan pendidikan secara holistik.

TUISYEN RAKYAT

Tuisyen Rakyat adalah kelas tambahan percuma oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Cawangan Bank Rakyat, Pejabat Pendidikan Daerah yang mensasarkan pelajar kurang berkemampuan (B40) dan luar bandar dan kelas tambahan ini juga akan menaja elaun mengajar para guru, modul dan kos makan dan minum kepada sekolah yang terlibat.

SEMINAR DIDIK RAKYAT

Seminar Didik Rakyat adalah sebuah inisiatif bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Cawangan Bank Rakyat bertujuan demi memberikan beberapa tip dan cara menjawab soalan sebagai persediaan kepada para pelajar yanh bakal menghadapi peperiksaan SPM.

NURILAB

Arus permodenan zaman yang meminta untuk daya inovasi yang tinggi dalam kalangan pelajar harus dipupuk dari bangku persekolahan oleh itu YBR rasa terpanggil untuk menyahut seruan ini dengan menyediakan program yang berteraskan STEM iaitu Science, Technology, Engineering, Mathematic kepada pelajar-pelajar sekolah rendah bagi meransang minda mereka supaya lebih kreatif dan inovatif untuk mendepani cabaran di masa hadapan.

BANTUAN PERSEKOLAHAN

Prihatin bagi membantu meringankan bebanan kewangan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan terutamanya pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan, Bantuan Persekolahan telah diwujudkan bagi membantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa atau penjaga untuk menyediakan kelengkapan persekolahan.

BANTUAN AWAL PENGAJIAN

Bantuan Awal Pengajian merupakan usaha YBR dalam meningkatkan mutu pembelajaran dan pendidikan di Malaysia khususnya kepada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi dengan memberikan bantuan yang berkonsepkan pemberian wang tunai secara “one-off” kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi untuk membantu mereka yang memerlukan dalam membuat persiapan sebelum memulakan semester pengajian.