Yayasan Bank Rakyat

Yayasan Bank Rakyat, Menara Kembar Bank Rakyat,  No.33 Jalan Rakyat, 50470, Kuala Lumpur.

+603 2612 9600 | info@yayasanbankrakyat.com.my

Previous slide
Next slide

MEMPERKAYA RAKYAT MALAYSIA MELANGKAUI EKONOMI SARA HIDUP

Yayasan Bank Rakyat (YBR) sentiasa komited membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik terutamanya dalam meningkatkan sosioekonomi melalui pendidikan serta membantu membangunkan modal insan. 

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH

PPBU ditawarkan kepada peringkat pengajian tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda kepada warganegara Malaysia yang layak. Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

YBR memfokuskan inisiatif mengadakan program-program pendidikan khusus kepada murid sekolah serta pelajar IPT dalam meningkatkan prestasi akademik dan pendedahan pendidikan secara holistik.

PEMBANGUNAN MASYARAKAT

YBR mengambil inisiatif melaksanakan program-program khusus membabitkan pendidikan, kebajikan, dan pembangunan masyarakat dan murid yang mensasarkan peningkatan kualiti kehidupan, keusahawanan, kemahiran, bantuan asas serta bencana.

PEMBANGUNAN KERJAYA

YBR turut meluaskan inisiatif dengan menganjurkan program khusus kepada pembangunan kapasiti dan kerjaya kepada pelajar tajaan, mahasiswa, belia, dan masyarakat melalui aktiviti, kursus dan latihan yang bermantaat.