Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) ini ialah satu Anugerah yang diwujudkan bagi menghargai pencapaian cemerlang graduan dalam bidang akademik khususnya bagi graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana yang memperolehi PNGK 3.50 dan ke atas.
Insentif sebanyak RM1,000 diberikan kepada graduan yang melepasi syarat kelayakan permohonan secara tidak langsung mendorong para graduan untuk terus maju dan cemerlang pada masa hadapan sejajar dengan objektif Yayasan Bank Rakyat untuk mempromosikan pengayaan pengetahuan, pembelajaran kreatif serta peningkatan taraf sosioekonomi bagi golongan yang kurang berkemampuan.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) Yayasan Bank Rakyat, sila e-mel kepada Jabatan Penajaan Pendidikan ppbu@yayasanbankrakyat.com.my
Yayasan Bank Rakyat
Tingkat 8, Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, No.33 Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur.
Polisi privasi | © 2024 YAYASAN BANK RAKYAT