Yayasan Bank Rakyat

SOALAN LAZIM

Kaji Selidik Anggota Bank Rakyat Penghidap Penyakit Buah Pinggang

Borang kaji selidik ini bertujuan

  1. Mengumpul maklumat berkaitan penghidap penyakit buah pinggang.
  2. Membantu Yayasan Bank Rakyat (YBR) memahami keperluan, cabaran dan bentuk bantuan yang bersesuaian untuk Anggota perseorangan Bank Rakyat (BR) yang menghidap penyakit buah pinggang.

Borang ini boleh diisi oleh:

    1. Anggota perseorangan BR atau
    2. Wakil yang diberi kebenaran oleh pesakit.
YA. Semua maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan hanya digunakan bagi tujuan kajian, penilaian dan perancangan program/aktiviti YBR bagi penghidap penyakit buah pinggang dikalangan Anggota perseorangan BR.
Anggota BR yang berminat digalakkan untuk melengkapkan semua maklumat yang diperlukan bagi memastikan penilaian dapat dibuat dengan lebih tepat. Walau bagaimanapun, maklumat tertentu adalah tertakluk kepada keperluan dan kesesuaian.
TIDAK. Pengisian borang kaji selidik ini tidak menjamin sebarang bentuk bantuan atau tajaan daripada YBR. Semua maklumat akan dinilai bagi memahami keperluan, cabaran dan bentuk bantuan yang bersesuaian untuk Anggota perseorangan Bank Rakyat (BR) yang menghidap penyakit buah pinggang.

Antara maklumat yang mungkin diperlukan adalah:

  1. Maklumat peribadi
  2. Maklumat pendapatan isi rumah
  3. Status kesihatan dan rawatan
  4. Keperluan bantuan berkaitan rawatan
  5. Dokumen sokongan berkaitan
  6. Persetujuan penyertaan kaji selidik

Sila muat naik dokumen sokongan ke info@yayasanbankrakyat.com.my

  1. Salinan kad pengenalan atau dokumen berkaitan bagi tujuan pengesahan.
  2. Dokumen sokongan seperti laporan perubatan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh diajukan menerusi e-mel dan hubungi Jabatan Event & Corporate Communications, YBR: 

No.telefon: 03-2202 4625 / 03-2612 0955 / 03-2612 0991 / 03-2615 2441

Waktu operasi (kecuali Cuti Umum)
Isnin – Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)

Waktu Rehat
Isnin – Khamis : 1.00 tengah hari – 2.00 petang
Jumaat : 12.30 tengah hari – 2.30 petang

E-mel: info@yayasanbankrakyat.com.my

Boleh dihantar pada bila-bila masa dan tertakluk kepada makluman rasmi yang akan diumumkan oleh pihak YBR.
TIDAK. Hanya untuk Anggota Perseorangan Bank Rakyat sahaja.

Sekiranya menghadapi masalah teknikal semasa mengisi atau menghantar borang, sila hubungi:

No.telefon: 03-2202 4625 / 03-2612 0955 / 03-2612 0991 / 03-2615 2441

E-mel: info@yayasanbankrakyat.com.my

Nota: Yayasan Bank Rakyat berhak untuk membuat semakan, pengesahan dan pindaan terhadap maklumat yang diterima sekiranya diperlukan.