Yayasan Bank Rakyat

PEMBANGUNAN MASYARAKAT

YBR mengambil inisiatif melaksanakan program-program khusus membabitkan pendidikan, kebajikan, dan pembangunan masyarakat dan murid yang mensasarkan peningkatan kualiti kehidupan, keusahawanan, kemahiran, bantuan asas serta bencana.

COMMUNITY HEROES

Melalui rintisan pembangunan komuniti, Yayasan Bank Rakyat telah mewujudkan program kesukarelawanan dalam kalangan pelajar tajaan, kakitangan dan masyarakat sekeliling untuk memberi motivasi kepada generasi belia negara mengenai impak yang dapat mereka peroleh melalui khidmat masyarakat sekali gus dapat menanamkan sifat simpati dan empati dalam diri sukarelawan.

BENGKEL LATIHAN USAHAWAN

Membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dengan menyediakan pelbagai latihan dalam bidang Pendidikan serta pembangunan modal insan bagi memberikan jalan alternatif dan semangat kepada individu yang menjalankan perniagaan dalam industri kecil dan sederhana.