Pendidikan

NURI LAB

NURI Lab adalah bas yang dibina khas yang dilengkapi dengan peralatan dan ruang yang berkongsepkan makmal yang mampu memuatkan sehingga 30 orang murid pada satu masa. Bas ini akan bergerak ke sekolah-sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia untuk menyediakan kurikulum sains yang inovatif kepada pelajar berumur 12 tahun ke bawah. Bas ini juga bertemakan inklusif – misalnya, dilengkapi dengan alat teknologi bantuan dan mengembangkan modul yang relevan untuk menjangkau komuniti keperluan khas.

Program NURI LAB bertumpukan kepada memberi sekolah akses kepada kemudahan makmal canggih dan membolehkan pelajar mendapat inspirasi mengenai sains dan mendorong rasa ingin tahu mereka mengenai dunia sains.

Tujuannya adalah untuk menambah pengetahuan pelajar dengan teknologi canggih dan aplikasi yang digunakan untuk pembelajaran. Dengan sokongan daripada rakan industri, NURI LAB memiliki teknologi canggih seperti robotik, alat analisis data dan sensor, table, iPad dan TV. Misi NURI LAB adalah untuk memaksimumkan kefasihan pelajar dalam penggunaan teknologi, untuk meningkatkan pengetahuan kurikulum di kelas, dan untuk mempersiapkan para pelajar bagi pembelajaran sepanjang hayat menggunakan teknologi.