Slider

MENGENAI KAMI

Yayasan Bank Rakyat (YBR) secara rasminya telah didaftarkan pada 16 Mei 2007 di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 [Akta 258] dengan nombor pendaftaran PPAB-06/2007, untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dan pelanggan Bank Rakyat dan anak-anak mereka dalam bidang pendidikan serta pembangunan modal insan.

 

SEJARAH

Yayasan Bank Rakyat ditubuhkan setelah Perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat yang bersidang pada 11 Jun 2005 di PWTC, Kuala Lumpur bersetuju dengan usul supaya Bank Rakyat menubuhkan sebuah Tabung Pendidikan. Lanjutan dari kajian terhadap usul tersebut, satu keputusan telah dicapai di mana Bank Rakyat perlu mewujudkan sebuah Yayasan yang berfungsi sebagai sebuah entiti yang berasingan daripada operasi Bank Rakyat.

Pengisian dana Yayasan diperolehi menerusi sumbangan sebanyak 0.5% daripada pegangan saham setiap anggota Bank Rakyat (individu dan koperasi) pada setiap tahun.

Berusaha untuk mempertingkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi menerusi bidang ilmu dan pendidikan disamping menggalakan sikap tolong menolong dikalangan rakyat Malaysia.

 

OBJEKTIF

  • Membina dan meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia konsisten dengan Polisi Pendidikan Nasional dan Akta Pendidikan 1961 dari masa ke semasa tanpa prejudis kepada matlamat utama penubuhan Yayasan untuk memberi biasiswa dan pembiayaan kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di IPTA / IPTS.
  • Menjaga dan menguruskan perihal urusan pemberian biasiswa atau pembiayaan pinjaman kepada rakyat warganegara Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan yang berkelayakan dan yang telah diterima masuk atau yang sedang mengikuti kursus bagi peringkat sarjana atau ijazah sarjana lanjutan yang difikirkan oleh Yayasan layak menerima biasiswa atau pinjaman bagi tujuan pengajian mereka di IPTA / IPTS.
  • Menyedia dan menguruskan bantuan pendidikan berbentuk biasiswa atau pembiayaan / pinjaman (termasuk yuran pengajian dan kos sara hidup) kepada rakyat warganegara Malaysia yang miskin tanpa mengira agama, keturunan dan yang berkelayakan serta sedang menuntut di IPTA / IPTS atau mana-mana institusi pendidikan di dalam negeri yang akan diputuskan dari masa ke semasa.
  • Menyediakan perkhidmatan mengurus, mentadbir dan memungut bayaran pembiayaan / pinjaman yang diberikan.
  • Memberikan bantuan kepada semua rakyat warganegara Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan yang berkelayakan umumnya yang kurang upaya dan tidak berkemampuan dari segi kewangan.
  • Memberi sumbangan amal kepada mana-mana individu, badan-badan atau pertubuhan sebagai menjalankan tanggungjawab sosial yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

 

VISI

Memperkaya rakyat Malaysia melangkaui ekonomi sara hidup.

 

MISI

Menjadi pemangkin bagi peningkatan ekonomi dan taraf hidup yang lebih tinggi melalui program dan inisiatif berasaskan pengetahuan.

 

Kemaskini : Disember 2022

Get in Touch

ADDRESS:
Yayasan Bank Rakyat,
8th Floor, Tower 1,
Menara Kembar Bank Rakyat,
No.33, Jalan Rakyat,
50470, Kuala Lumpur, Malaysia
FAX:
+603 2260 1050
OPERATION HOUR:
Monday - Thursday
8:00am-1:00pm
2:00pm-5:00pm
Friday
8:00am-12:30pm
2:30pm-5:30pm