Acara Terkini
Yayasan Bank Rakyat

Visi Misi Yayasan Bank Rakyat

Visi

Berusaha untuk mempertingkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan serta berusaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi menerusi bidang ilmu dan pendidikan disamping menggalakkan sikap tolong menolong dikalangan rakyat Malaysia.

 

Misi

Menerima dan mentadbir dana yang disumbangkan oleh anggota masyarakat dan badan-badan korporat dengan bijaksana bagi memastikan kekukuhannya.

 

Memberi peluang yang adil dan saksama kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, memiliki sosio-ekonomi yang teguh dan berjasa kepada bangsa dan Negara.

 

Menjadi penyumbang kepada pembangunan modal insan Negara.

 

Matlamat

Matlamat utama penubuhan Yayasan Bank Rakyat ialah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat warganegara Malaysia, anggota dan anak-anak anggota yang berkelayakan yang telah mendapat dan menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS di dalam negeri.

 

Objektif
Membina dan meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia konsisten dengan Polisi Pendidikan Nasional dan Akta Pendidikan 1961 dari masa kesemasa tanpa prejudis kepada matlamat utama penubuhan Yayasan untuk memberi biasiswa dan pembiayaan kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS.

 

Menjaga dan menguruskan perihal urusan pemberian biasiswa atau pembiayaan pinjaman kepada rakyat warganegara Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan yang berkelayakan dan yang telah diterima masuk atau yang sedang mengikuti kursus bagi peringkat sarjana atau ijazah sarjana lanjutan yang difikirkan oleh Yayasan layak menerima biasiswa atau pinjaman bagi tujuan pengajian mereka di IPTA/IPTS.

 

Menyedia dan menguruskan bantuan pendidikan berbentuk biasiswa atau pembiayaan/pinjaman (termasuk yuran pengajian dan kos sara hidup) kepada rakyat warganegara Malaysia yang miskin tanpa mengira agama, keturunan dan yang berkelayakan serta sedang menuntut di IPTA/IPTS atau mana-mana institusi pendidikan di dalam negeri yang akan diputuskan dari masa ke semasa.

 

Menyediakan perkhidmatan mengurus, mentadbir dan memungut bayaran pembiayaan/pinjaman yang diberikan.

 

Memberikan bantuan kepada semua rakyat warganegara Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan yang berkelayakan umumnya yang kurang upaya dan tidak berkemampuan dari segi kewangan.

 

Memberi sumbangan amal kepada mana-mana individu, badan-badan atau pertubuhan sebagai menjalankan tanggungjawab sosial yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Senarai Program

  • - Pembangunan Pendidikan
  • - Pembangunan Kerjaya dan
  •    Kerohanian
  • - Pembangunan Masyarakat
  • - Pembangunan Kesihatan
  • - Sumbangan Kepada Sekolah

Untitled Document ipta/iptsmofirakyatKelab Nuri Bank Rakyat