Logo Yayasan Bank Rakyat
Logo Yayasan Bank Rakyat (YBR) masih mengekalkan logo Bank Rakyat. Ia merupakan kesepaduan imej yang mempunyai jalinan erat yang melambangkan keprihatinan YBR yang komited untuk membantu meningkatkan taraf pendidikan anggota dan anak-anak anggota Bank Rakyat khususnya dan Malaysia amnya disamping menggalakkan sikap tolong-menolong di kalangan Masyarakat yang memerlukan.
Ikon Segi Tiga
-
Ikon tiga segi melambangkan objektif utama YBR dalam memberikan sumbangan kearah pembangunan pendidikan dan komitmen YBR untuk melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Objektif ini memberi momentum ke arah mencerminkan warga kerja YBR yang optimistik dalam mencapai matlamat dan cita-cita Yayasan.
Warna
Biru melambangkan YBR sentiasa bersatu, bersedia, setia, profesional, komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab bagi menjayakan setiap misi yayasan.
Putih melambangkan keikhlasan YBR untuk menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada anggota dan anak-anak anggota khususnya dan orang ramai amnya.
Borang
Permohonan

