Yayasan Bank Rakyat

Yayasan Bank Rakyat, Menara Kembar Bank Rakyat,  No.33 Jalan Rakyat, 50470, Kuala Lumpur.

+603 2612 9600 | info@yayasanbankrakyat.com.my

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH

Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:-

  1. Perakaunan
  2. Perbankan
  3. Pengurusan Perniagaan
  4. Sumber Manusia
  5. Ekonomi
  6. Komunikasi Media
  7. Undang-Undang
  8. Sains Aktuari

Warganegara Malaysia yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian dan memenuhi syarat kelayakan akademik berikut:-

i) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa memohon PPBU, dan tidak melebihi umur 30 tahun apabila tamat pengajian ( Ijazah Sarjana Muda).

ii) Pemohon mesti menjalani pengajian secara SEPENUH MASA. Pelajar SEPARUH MASA tidak layak memohon.

Ijazah Sarjana Muda : Sekurang-kurangnya Diploma dengan PNGK minimum 3.00 atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.00 atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan PNGK minimum 3.00 atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz yang setaraf dengan STPM.

Tempoh Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) adalah seperti berikut:-

Ijazah Sarjana Muda : Maksimum 4 tahun.

* Tempoh penajaan YBR adalah sepadan dengan tahun semasa permohonan dikemukakan.

Bermula pada tahun 2017, semua permohonan dan penyerahan dokumen sokongan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui portal Yayasan Bank Rakyat  http://application.yayasanbankrakyat.com.my/

Tiada pindaan boleh dibuat setelah permohonan dihantar. Setiap permohonan perlu dilengkapkan dengan maklumat yang betul dan tepat. Permohonan akan ditolak sekiranya maklumat yang diberikan tidak benar.

Anda boleh menyemak keputusan secara dalam talian melalui portal YBR. Pemohon juga akan dimaklumkan oleh YBR melalui e-mel dan SMS.

Jumlah tajaan bagi Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:-

Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM12,000/ 1 tahun

Boleh. Sekiranya ditawarkan, anda perlu memilih samada untuk meneruskan tajaan sedia ada atau menerima Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) oleh YBR. Pelajar tidak dibenarkan menerima 2 tajaan dalam satu tempoh yang sama.

Rayuan tidak dibenarkan namun boleh cuba mengemukakan permohonan lagi pada sesi yang seterusnya.

Tidak dibenarkan. Permohonan PPBU hanya boleh dilakukan semasa tempoh permohonan berlangsung serta sepenuhnya secara atas talian. Pemohon digalakkan membuka akaun di Portal YBR sebelum membuat permohonan.

Dalam tempoh satu(1) ke dua(2) bulan setelah tarikh tutup permohonan.

Pengeluaran pertama akan dilakukan selepas proses dokumentasi selesai dan pelajar telah menyertai Program Pembangunan Pelajar (PPP).

Hanya pelajar yang layak akan ditawarkan berkhidmat di Bank Rakyat. Namun hal ini tertakluk kepada tawaran dan budi bicara YBR / Bank Rakyat serta kekosongan semasa.

Ibu atau bapa serta seorang lagi daripada kalangan rakyat Malaysia yang berumur 60 tahun dan ke bawah semasa tempoh permohonan, bekerja dan berpendapatan minimum RM1,000.00 ke atas.

Tidak. Berpandukan konsep “Qardhul Hassan”, Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah merupakan program tajaan yang tidak mempunyai tambahan faedah atau syarat dalam pembayaran balik.

Tidak. Bermula tahun 2017, semua permohonan dan penyerahan dokumen hendaklah dilakukan secara dalam talian.

Tidak. YBR akan meminta borang maklumat penjamin daripada pemohon yang berjaya sahaja.

Pelajar perlu mengemukakan surat rasmi penolakan beserta dokumen sokongan menjelaskan sebab-sebab penolakan tawaran tersebut.

Sejurus tamat pengajian, pelajar perlu menghantar tranksrip penuh akademik kepada YBR sama ada melalui e-mel atau pos.

Bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda.

CGPA PERATUS BAYARAN BALIK (%) INSENTIF (%)
3.50-4.00 0 100
3.33-3.49 10 90
3.00-3.32 20 80
2.75-2.99 50 50
2.50-2.74 70 30
<2.49 100 0